Friday, February 22, 2013
0 komen

Yuna, Live Your Life - Twinsmatic Remix Video Premiere

8:00 AM

Pasti ramai mengetahui siapa penyanyi yang mengalunkan lagu versi Twinsmatic remix di atas. Sekiranya ini merupakan kali pertama anda mendengar lagu "Live Your Life - Yuna", maka anda bernasib baik kerana AOL (menerusi laman spinner.com) ada menyediakan download PERCUMA versi asal lagu ini di sini.

FYI, video di atas yang baru sahaja anda tonton (kalau belum, silalah tonton) merupakan Official Music Video bagi lagu "Live Your Life - Twinsmatic Remix" yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi (waktu Malaysia). Apa yang menarik perhatian saya terhadap video ini adalah pada konsep yang ditampilkan di dalamnya. Tidak seperti kebiasaan yang terdapat di dalam video muzik artis antarabangsa yang kebanyakannya lebih menonjolkan tubuh badan dan gerak tari tidak senonoh, video klip ini jelas mengetegahkan arts dan tidak berlebihan dalam menampilkan profil tubuh Yuna which is a good thing (kecuali bab tabarruj, that's a nonono..). Untuk video ini, saya berikan 8/10 bintang pada kualiti, idea/konsep dan execution. Pada sudut syaria compliant, saya berikan 7/10 bintang sebab ada unsur tabarruj. Masih ada ruang untuk perbaiki diri dalam bab itu :-)


Secara jujurnya, saya bukanlah peminat tegar karya-karya Yuna. Namun apa yang membuatkan saya tertarik dengannya adalah vokal beliau yang mempunyai character tersendiri dan tidak menyamai vokal tipikal artis-artis wanita di Malaysia, serta pada genre-genre muzik yang ditampilkan. Dua buah lagu beliau yang berjaya menarik perhatian saya ialah "Terukir Di Bintang" yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara Angerah Juara Lagu tahun ini dan "Live Your Life" yang dimuatkan di dalam album debut beliau di Amerika Syarikat.

Ini adalah post yang telah dijadualkan. Harap maklum.

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top