Nampaknya semakin hari, semakin banyak kes akaun twitter digodam oleh insan-insan nakal. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada saja akaun yang menjadi sasaran. Kebiasaannya akaun yang dijadikan sasaran adalah dari kalangan selebriti dan public figures. Namun sasaran kali ini agak berbeza apabila akaun twitter Burger King dijadikan sasaran penggodam. Sepanjang tempoh 60 minit yang pertama, penggodam yang terlibat telah menukar profile picture akaun tersebut kepada logo syarikat pesaingnya McDonalds, mengeluarkan tweets yang bersifat perkauman serta lucah.
source: nakedsecurity.sophos.com |
Serangan yang berlaku semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi yang menarik di twitter termasuk dari akaun rasmi McDonalds.
Bagaimana dengan akaun twitter anda? Adakah anda yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilakukan? Bilakah kali terakhir kata laluan anda ditukar?
Bagaimana dengan akaun twitter anda? Adakah anda yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilakukan? Bilakah kali terakhir kata laluan anda ditukar?
We empathize with our @burgerking counterparts. Rest assured, we had nothing to do with the hacking.
— McDonald's (@McDonalds) February 18, 2013
Burger King Coup d'état!Was it the Burger Queen? Was Hamburgler involved? Has Ronald McDonald gone rogue? #fail twy.la/15qr525
— Josh Leichtung (@JoshLeichtung) February 18, 2013
Ketika entri ini ditulis, pihak pengurusan Burger King telah meminta Twitter supaya menggantung akaun mereka sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Ini adalah post yang telah dijadualkan. Harap maklum.
0 komen:
Post a Comment