Monday, February 18, 2013
0 komen

Menarik Bulan Ini #1

12:35 PM


Wildan
Lama tidak mendengar khabar dari mereka. Sebelum ini, ahli-ahlinya sibuk dengan projek persendirian dan kini mereka hadir dengan buah tangan baru untuk para peminat. Dengarnya ada sesuatu yang menarik bakal diperkenalkan nanti. 

Album dan Single terbaru
Eh?? ade ke?? Ada.. Kalau takde, buat ape nak tulis kat sini? (lol). 

Bulan ini, Inteam telah mengubat kerinduan para peminat mereka dengan kehadiran 2 lagu terbaru (versi pra-dengar) yang berjudul Kau Ditakdirkan Untukku hasil kerjasama dengan kumpulan Edcoustic dari Indonesia & Jumaat. Nampaknya bayang-bayang album baru mereka untuk tahun 2013 sudah mula kelihatan. Inteam dikatakan bakal hadir dengan pembaharuan dalam album mereka nanti. Pembaharuan pada konsep? muzik? ahli? Sama-sama kita tunggu pengumuman dari mereka. So, jangan lupa dapatkan album mereka yang original di iTunes store nanti.

Selain daripada Inteam, sebuah kumpulan nasyid baru dari Mesir dijadualkan akan memperkenalkan single terbaru mereka tidak lama lagi. Khabarnya akan dilepaskan bersama Official Music Video. Wah! hebat betul kumpulan nasyid baru zaman sekarang. 







Kemunculan Andante

Walaupun namanya seakan karya Dante's Inferno yang ditulis oleh Dante Alighieri, namun ianya langsung tiada kaitan dengan sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang baru sahaja diperkenalkan oleh ETM International. Syarikat yang diberi nama Andante Records merupakan sebuah label baru dalam industri muzik antarabangsa dan kini menaungi artis-artis lama yang pernah bersama di bawah Awakening Records seperti Sami Yusuf dan Tom@Hamza Robertson selain artis baru Hesham Abdul Wahab. Pada tahun ini, Andante Records dijadual akan menerbitkan album Tom Robertson yang kini sedang dalam proses rakaman.

Muzik Video Ya Mustafa - Adam Ali
Selepas mengalami penangguhan hampir 3 bulan, akhirnya muzik video Ya Mustafa, karya penyanyi antarabangsa, Adam Ali telah dilepaskan awal pagi ini. Di dalam muzik video tersebut, penyanyi berbakat dari United Kingdom ini cuba menterjemahkan perjalanannya untuk bertemu dengan Rasulullah (s.a.w.) dengan caranya yang tersendiri. Jom saksikan....



Dapatkan info terkini Selebriti Islam dalam & luar negara di munsyeed{dot}com
Ini adalah post yang telah dijadualkan. Harap maklum.


0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top