Saturday, February 23, 2013
5 komen

Harapan Ummah (Fetya) vs Harapan Bangsa (Jaclyn Victor)

5:10 PM

Hari ini, sebuah kumpulan nasyid haraki dari Malaysia - Fetya telah berjaya melancarkan karya terbaru mereka menerusi laman perkongsian video popular Youtube. Lagu Harapan Ummah ciptaan komposer muda Fuad Jamil dan Adnin Roslan merupakan taruhan single ke-3 kumpulan Fetya selepas Sujud Merdeka & Intifadhah Bersinar.

Mengetengahkan genre pop haraki, video berdurasi 5:54 minit/saat telah diangkat sebagai karya balas terhadap lagu nyanyian Jaclyn Victor berjudul Harapan Bangsa yang telah menimbulkan kontroversi hangat di Malaysia dan Indonesia sehingga menjadi agenda perbahasan di Parlimen Malaysia tahun lalu. Menerusi lagu tersebut, Fetya cuba menampilkan jawapan serta hakikat yang mampu memberikan harapan sebenar kepada bangsa dan ummah seluruh dunia khususnya di Malaysia. 

Ingin tahu apa jawapan mereka? Tonton video di bawah dan hayati liriknya. Saya bagi 8/10 untuk kualiti video pada aspek execution dan kreativiti. Idea? Konsep?? hmmm...perlu perah otak lebih sikit untuk karya akan datang.


Untuk pengetahuan semua, kumpulan yang dianggotai oleh jejaka-jejaka tampan idaman malaya ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Instead of giving a direct link untuk ke facebook page mereka, sila search "Fetya", "Fetya Harapan Ummah", "Lagu terbaru Fetya" di Google supaya nama mereka boleh trending. 

5 komen:

 
Toggle Footer
Top