Wednesday, February 27, 2013
0 komen

CINEMATIC - 120+ Instrument Kontakt (FREE)

1:48 AM
phew~ Hampir sehari suntuk blog ni tidak dikemaskini dengan input menarik. Hari ini agak bz dengan kerja-kerja produksi sampai terlupa tengahari tadi ada press conference pelancaran album terbaru Wildan. Huhu..harap bos tak marah...

Seperti yang telah dirancang, Insya Allah mulai hari ini saya akan cuba berikan serba sedikit perkongsian yang berkaitan dengan music programming. Di dalamnya akan disertakan bersama tips dan download percuma fail kerja FL Studio/Reason/Cubase/etc, VST/i dan segala yang berkaitan. 

Buat masa sekarang, saya masih tercari-cari idea untuk menamakan ruangan ini dengan nama yang sesuai bagi memudahkan pembaca membuat carian pantas Google dimasa hadapan. Andai ada dikalangan pembaca yang mempunyai cadangan atau idea yang menarik, please drop those ideas from your magnificent brain on the comment section down below. (tibe2 tertaip dlm bhs english)




CINEMATIC

Cinematic merupakan produk yang dihasilkan oleh Erik Ekholm, seorang komposer dan jurutera bunyi yang sangat berpengalaman di dalam industri perfileman dan pernah memenangi pelbagai anugerah diperingkat antarabangsa. Sehingga kini hasil kerja beliau masih digunakan di stesen-stesen tv bagi drama dan juga trailer filem. Boleh lihat/dengar sendiri hasil kerja beliau di website ini.

Di dalam Cinematic, terdapat lebih daripada 120 sampler ciptaan beliau telah dimuatkan untuk digunakan bersama Native Instrument KONTAKT. Ianya sangat sesuai digunakan untuk music production bagi filem ataupun drama. Jika anda seorang Youtubers yang gemar membuat video/drama pendek, anda boleh gunakan Cinematik untuk bunyi kesan khas dan juga lagu latar. Untuk menggunakan Cinematik, anda perlulah install perisian KONTAKT terlebih dahulu. Yang lebih menarik, kesemuanya adalah PERCUMA!!! AAAaaaAAAAaAaAA!!! (astaghfirullah..bawak mengucap)

Demo:



Untuk muat-turun, anda hanya perlu ke link ini kemudian klik "Pay With A Tweet" (perlu ada akaun twitter atau facebook). Selepas share di twitter/facebook, satu link khas akan diberikan untuk anda memuat-turun Cinematic secara percuma.

Jika ada sebarang masalah, boleh terus bertanya di ruangan komen/diskusi di bawah ini.

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top