Thursday, February 21, 2013
2 komen

Harlem Shake Sebenar

8:30 AM
[Klik untuk paparan penuh] Top 9 Most Viewed Video di Youtube Malaysia. Lima daripadanya adalah "Harlem Shake"

Setelah fenomena Gangnam Style - Psy kian 'sejuk', kini timbul pula satu fenomena baru yang sedang merebak ke seluruh pelusuk dunia melalui laman Youtube. Fenomena baru yang diberi nama "Harlem Shake" atau "Goncang Haram" (terjemahan Astro Awani) kini mula mendominasi Youtube Trends seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia.

Tujuan entri ini dibuat adalah untuk merungkai secara RINGKAS hakikat sebenar tarian "Harlem Shake" serta membekalkan sedikit maklumat sebelum sesiapa sahaja membuat keputusan untuk terlibat dengan 'kegilaan' ini. Berikut adalah fakta-fakta ringkas berkenaan tarian tersebut:-

Tarian Eskistika dari Ethiopia (Ethiopia Idol)


Harlem Shake yang diasaskan oleh Al B (di upload 2011)

Goncang Haram @ Harlem Shake hari ini versi Malaysia oleh JinnyboyTV dan DJ Hitz.fm

Secara peribadi, saya kurang gemar dengan fenomena ini yang mula melanda negara Islam Malaysia. Namun, tidaklah saya mempunyai kuasa untuk menghalang orang lain daripada terlibat sama. Kalau ingin berbicara tentang hukum, saya bukanlah seorang yang ahli untuk menulis mengenainya. Cuma satu sahaja persoalan yang ingin saya utarakan kepada mereka yang bercadang untuk merakam video  "Harlem Shake". Agaknya, apakah reaksi Rasulullah s.a.w. andai baginda berada di sisi ketika kamu merakam meme "Harlem Shake" tersebut? Adakah baginda akan tersenyum? ataupun baginda join sekaki ber"harlem shake" bersama kamu? atau baginda menangis menitiskan air matanya yang mulia mengenangkan ummat nya ini? Tepuk dada, tanyalah iman. Tepuk dahi, cabar minda untuk berfikir sebelum beraksi.


Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. 
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.]


Ini adalah post yang telah dijadualkan. Harap maklum.

2 komen:

  1. adoiyai.. benda ini pun orang malaysia nak buat.

    ReplyDelete
  2. Apabila jasad kita tidak disibukkan dengan perkara2 yg besar, ia akan mula melakukan perkara2 yg remeh/sia2. logiknya mmg begitu.

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
Top