Muzik adalah satu elemen yang tidak pernah terpisah dari kehidupan kita. Sedar tak sedar, ia sentiasa ada bersama ke mana saja kita pergi (kecuali kalau duduk dalam ruang vacuum). Pernahkah kita terfikir bila berada di tepian pantai, seringkali kita berasa aman dan damai menyelinap masuk ke segenap pelusuk lubuk hati. Dengan anginnya bertiup lembut, lautannya yang berombak menghempas ke pantai.... (tarik nafas dalam2 sambil mata tertutup...lalu dilepaskan ~ HAAaaAAAaaaaAhhh...) Amaan...tenteram...
Sekarang cuba bayangkan bila kita berdiri di tepian pantai, merasai angin yg melalui setiap inci tubuh kita. Seperti situasi di atas, lautan luas terbentang terus-menerus menghempas kan diri ke pantai. Bezanya, kali ini ianya tidak disertakan bunyi. Yang ada hanya pemandangan indah dan rasa angin melalui segenap ruang tubuh kita.....sambil berjalan2 kaki mengorek pasir pantai...berpegangan tangan bersama yang insan tersayang... (tarik nafas dalam2 sambil mata tertutup...lalu dilepaskan ~ HAAaaAAAaaaaAhhh...huh?) terasa seperti ada kekurangan di situ....
Bagaimana pula jika kita lalui situasi yang sama seperti yang di atas tadi. Cuma kali ini kita sertakan sekali dengan bunyi2 alam sekeliling termasuk bunyi ombak dan angin. Tetapi bunyinya tidak seperti bunyi yang biasa kita dengar tu. Kali ni bunyinya hanya dengan satu note sahaja. Mendatar. Contohnye bila burung berkicau, dia hanya menghasilkan bunyi note A major sahaja. Laut pula mengeluarkan ombak berbunyi G major sahaja. Desiran angin pula mengeluarkan bunyi E minor sahaja........ (tarik nafas dalam2 sambil mata tertutup...lalu dilepaskan ~ HAAaaAAAaaaaAhhhERK! UHUK! UHUK! UHUK!!!). Nah! Pelik bukan??!! Boleh jadi, kita akan pening dengan situasi tersebut disamping rasa annoying yang tiada tara nya. Bercuti di tepian pantai pasti tidak lagi menjadi pilihan utama manusia segenap pelusuk alam.
Muzik2 alam ini adalah salah satu contoh terbaik bagaimana muzik itu mampu berbicara dengan kita. Bahkan mampu berbicara dengan hati!!
Sekarang cube dengarkan lagu di bawah ini....
apakah yang anda dapat rasakan? Berjayakah ia berbicara dengan anda? cer komen..cer komen...
Bagi saya, walaupun saya tidak memahami lirik yang dinyanyikan, namun perasaan yang dicurahkan oleh penulis dan komposer lagu ini telah berbicara dgn hati saya. Perasaan sedih yang disampaikan tidak memerlukan medium bahasa untuk difahami...selepas dgr lagu ini, kemudian baru saya baca description video tersebut...
This is a sad song that came from deep inside me, it's what I would listen to when I'm feeling down.. Make sure your in the mood before you tune in, and I hope it reaches out to you as much it did to me :)
Tepat!
Maha suci Allah yang telah menciptakan alam ini dengan irama dan lagu yang tidak sia-sia...
p/s: ini belum lagi kita bicara tentang bacaan alQur'an yg dialunkan dengan irama (maksudnya tajwidnya juga perlu tepat. kalau tajwidnya lari 100km sejam, iramanya pasti berbeza) serta intonasi yg tepat. Ia pasti akan berbicara dengan hati secara luar biasa!!
p/s: Catatan di atas telah ditulis pada 28 Jun 2011 (blog edisi lama)
sedih
ReplyDelete