Bila menonton dan mendengar lagu dalam video ini, saya amat tertarik dengan bunyi petikan gitarnya. Selain daripada nyanyian serta lagunya yang sedap didengari, rendition gitarnya juga menarik. Tiba2 teringat teman yang pernah menitipkan kpd saya rakaman gitar yang dimainkannya. Dengan sumber yang terhad dan masa yg suntuk, saya diminta untuk menambahkan "feel" pada rakaman bunyi gitar tersebut.
Secara asasnya, apa yg saya lakukan pada ketika itu ialah:-
- Duplicate mono track yg diberi. *Masa ni sy jadikan ia kepada 2 track sahaja iaitu "Track1" dan "Track2".
- Kemudian, saya ubah channel pada Track1 ke kiri(L) dan Track2 ke kanan(R). Jumlah percentage L & R boleh diubah mengikut selera masing2.
- Volume pada kedua2 track tersebut juga saya ubah supaya tidak terlalu kuat dan tidah terlalu perlahan.
- Selepas volume track2 tersebut dilaraskan, saya letakkan Equalizer pada Track1 dan Track2.
- Pada bahagian equalizer Track1, saya cuba untuk menaikkan SEDIKIT bahagian LOW dan mengurangkan bahagian MID dan HI dalam equalizer.
- Pada Track2, saya lakukan perkara yg sebaliknya iaitu mengurangkan SEDIKIT bahagian LOW dan menaikkan bahagian MID dan HI pada equalizer.
Basically, itulah apa yg saya lakukan bila dapat track gitar mono, selain daripada menambahkan compressor, reverb etc.
Ada byk lagi cara untuk menambahkan lagi "feel" pada rakaman bunyi gitar selain daripada apa yg saya kongsikan di atas. Lain orang, lain caranya..
Kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi cara mereka..dengan segala hormatnya dipersilakan (komen).
*Bilangan duplicate track adalah bergantung kepada imaginasi dan kreativiti masing2.
hmm..dengar cerita teman tu sudah sign contract dgn recording company. semoga beliau berjaya =)
test
ReplyDeletenice tips. thanx
ReplyDelete