Friday, March 22, 2013
0 komen

Terbaru di Munsyeed TV

9:00 AM
Munsyeed TV? Apa benda pulak nih? 

Munsyeed TV merupakan saluran Youtube untuk website Munsyeed{Dot}Com yang menjadi media terkini untuk industri nasyid dan hiburan positif masa kini. Memandangkan kini semakin ramai yang mula beralih kepada media alternatif seperti Youtube, Munsyeed{Dot}Com cuba untuk menggunakan peluang ini untuk memberikan liputan yang meluas berkaitan industri nasyid yang kurang mendapat tempat di media mainstream.


Ini video promo untuk promosi video-video eksklusif dari Munsyeed TV yang akan terbit. Semua footage rakam guna iPad Mr. +Dar Sandur yang sangat hebat itu. (iPad yg hebat yer...iPad) hehe..

Soundtrack Munsyeed TV Video Promo oleh eSafarEE..eh? hehe

Dalam kesibukan mengedit video-video untuk Munsyeed TV, Voice of Men (Akademi Nasyid TV9) pulak rilis teaser ke-2 M/V Laungan Cinta. Wah! Teaser kali ini sangat menarik. Selepas mendapatkan kebenaran eksklusif daripada mereka untuk siaran di Munsyeed TV, terus upload video berikut....



Haaa..dah tengok? Menarik bukan? Mengalahkan trailer movie tempatan. Kalau dijadikan iklan TV masa raya pun ok...tambah pesanan sikit kat hujung video. Video klip single pertama mereka berjudul Laungan Cinta akan keluar pada 1 April 2013 (bukan sempena aprill fool)

Terbaru, malam tadi sempat upload video temuramah eksklusif bersama Izzat Mahadi (bekas ahli kumpulan Mirwana) bahagian pertama. Insya Allah dalam masa yang terdekat akan upload lagi bahagian-bahagian yang seterusnya...Kalau nak tonton video tersebut, silalah lawati laman Munsyeed TV dan subscribe =)

sempat lagi update kat instagram...hahaha

Kalau ada sebarang cadangan/komen untuk penambahbaikan, boleh komen di bawah atau emel terus kepada Munsyeed di munsyeed@gmail.com




0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top