Monday, March 4, 2013
0 komen

Aicha, Dari Algeria ke Korea

11:13 PM
Setiap kali saya buat blog baru, pasti akan ada post berkenaan lagu Aicha/Aisha/Aishah. Seperti menjadi satu kewajipan pula..haha.. Pertama kali saya mendengar lagu ini adalah sekitar tahun 2000/2001 dendangan Yasin. Ketika itu Yasin Sulaiman sedang membuat kemunculan pertamanya di kaca tv sebagai penyanyi solo selepas menarik diri daripada kumpulan nasyid Brothers (kini Brotherz). Sekali mendengarnya, hati terus tertarik dengan lagu dan susunan muziknya. Setelah album Yasin - Mimpi Laila diterbitkan, baru lah saya tahu pencipta sebenar lagu tersebut selepas melihat pada kulit albumnya iaitu Jean-Jacques Goldman dan dinyanyikan oleh Cheb Khaled pada tahun 1997.

Lagu asal Aicha oleh Cheb Khaled (French/Arabic)


Selain Yasin, terdapat juga artis-artis lain yang turut serta membawakan lagu ini di antaranya ialah Outlandish (Denmark), Tony An (Korea), Amanat Ali (Pakistan) dan ramai lagi. Masing-masing cuba membawa identiti budaya yang tersendiri namun sound signature nya masih jelas kedengaran pada setiap versi.


Aicha versi studio Outlandish. Dengarkan versi orkestra di sini

Bagi Outlandish, populariti lagu Aicha yang mereka bawa telah mengangkat mereka ke tangga #1 di dalam carta muzik German selain kerap dimainkan di radio seluruh eropah dan asia terutamanya Korea Selatan. Kejayaan ini telah melonjakkan karier 3 anak muda ini (Isam B, Waqas Ali dan Lenny) ke tahap yang lebih baik.


Aicha versi Korea oleh penyanyi Tony An.

Haaa..yang di atas ini pula versi Korea oleh artis bernama Tony An, seorang bekas ahli kumpulan boy-band korea H.O.T. dan JTL. Oleh kerana populariti lagu Aicha versi Outlandish kian meningkat di sana, beliau mengambil peluang untuk turut memuatkan lagu tersebut di dalam album solo ke-2 terbitan TN Entertainment pada April 2006. Dalam versi ini, part yang paling saya suka adalah pada bahagian back-up vocal yang jelas terasa keintimannya...


Versi Amanat Ali dari Coke Studio Pakistan

Setelah mendengar pelbagai versi di atas, yang mana satu menjadi kegemaran anda? Nak dengar versi lain?? Klik link ini.

Melihat kepada perjalanan lagu ini yang begitu jauh, apakah resepi sebenar sesebuah lagu untuk berjaya seperti Aicha? Adakah pada lagunya? Pada mesejnya? atau pada susunan muzik nya? hmm....jom berfikir!

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top