Monday, March 11, 2013
0 komen

Menarik Bulan Ini #2

10:49 PM

Nampaknya bulan ini memperlihatkan banyak perkara yang telah dan bakal berlangsung sekitar dunia industri nasyid tanah air dan antarabangsa. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca ruangan ini...


Varianz bersama Dakmie di studio (Sumber: Facebook Varianz)
Single terbaru Varianz & NOWSEEHEART
Setelah kemunculan album pertama mereka terbitan Arteffects International milik Hafiz Hamidun, kumpulan ini dijangka bakal menerjah kembali industri nasyid tanah air dengan kehadiran single terbaru yang berjudul Jambatan Kasih. Lagu yang mendapat sentuhan komposer terkenal Dakmie bakal dimuatkan di dalam album repackage Varianz terbitan Nasyeed.com. Berjayakah Varianz membina Jambatan Kasih antara mereka dan para peminat? sama-sama kita nantikan kemunculan mereka.

Selain Varianz dan Mirwana (yup, 2 singles from Mirwana this year), sebuah kumpulan nasyid lagenda, NOWSEEHEART juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan single terbaru mereka. Wah! Nampaknya 2013 merupakan tahun artis nasyid release lagu single secara berjemaah..lol 

UNIC
Ada khabar menyatakan mereka bakal mengumumkan sesuatu pada bulan ini. Adakah mereka bakal hadir dengan album baru? Kebelakangan ini mereka kelihatan giat mempromosikan artis-artis Imam Muda dan para ilmuwan/penceramah yang bernaung di bawah mereka. Yang pasti, sesuatu yang menarik bakal diumumkan tidak lama lagi.



Dari kiri: Diky, Marta, Taqien, Rudin dan Muchlis
Taqien (Fatih) Tunda Rilis Album Solo
Bagi mereka yang belum tahu, Fatih merupakan sebuah kumpulan vokal acapella yang pernah menjadi peserta di dalam sebuah rancangan realiti tv popular di Indonesia. Pada Januari yang lalu, salah seorang ahlinya, Taqien telah mengumumkan kehadiran album solo religi berjudul "Astaghfirullah" yang dijangka akan berada di pasaran pada bulan Febuari. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penerbitannya terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. 





Lagu & Video Klip Syria Dari Maher Zain
Setelah sekian lama Awakening Records dan Maher Zain berteka-teki dengan peminat mereka, akhirnya terdapat perkhabaran baru tentang single terbaru ini. Dengarnya, lagu dan klip video single ini seperti bakal menemui peminat seawal bulan ini. Namun masih terdapat kebarangkalian ianya akan ditunda. Yang pasti, karya-karya Maher Zain pasti tidak akan mengecewakan para peminat beliau di seluruh dunia.


Mo Sabri
Mo Sabri Rilis Single Terbaru
Mo Sabri? Siapa pulak dia nih? Haaa...kalau nak tahu, silalah ke laman Munsyeed Online untuk info berkenaan beliau yang telah ditulis oleh Mr. +Dar SandurMinggu lalu penyanyi I Believe in Jesus dari Amerika ini baru sahaja menyambut hari lahir beliau pada 3 Mac 2013. Bersempena dengan itu, satu sesi video live stream yang pertama bersama peminat di ustream telah diadakan di rumah beliau. Mendendangkan beberapa buah lagu permintaan, Mo Sabri sempat memperdengarkan single terbaru beliau yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. Single terbaru yang bakal terbit ini merupakan lagu yang mengisahkan perjalanan beliau kembali kepada Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, pastikan anda LIKE page Munsyeed Online untuk sentiasa up-to-date dengan perkembangan Mo Sabri.


Banyak lagi perkara menarik sekitar industri nasyid dalam dan luar negara akan berlangsung pada bulan ini. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan, "LIKE" dan "follow" Munsyeed{Dot}Com di facebook dan twitter.





0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top