Monday, March 18, 2013
0 komen

Sebelum Selamanya

7:58 AM

Dah hampir seminggu dapat emel lagu ini tapi sedikit pun tak tergerak nak buka. Tiba-tiba selepas subuh tadi hati tergerak untuk mendengarnya aaaand...... WOW!! 

Seperti yang diketahui oleh sesetengah rakan di dunia nyata, saya merupakan seorang penggemar music orkestra terutamanya pada string section kerana ianya salah satu elemen pem'buai' jiwa-jiwa yang kental...dan lagu di atas telah berjaya menghanyutkan jiwa, membawa diri ini ke dalam satu perjalanan....perjalanan cinta...oh... (terjiwang pulak kat sini..haha)

Lagu ini terdapat elemen Pop yang jelas pada senilagunya, cuma bila dimasukkan bersama music arrangement pop + klasik, terus jadi keliru. Pop Klasik mungkin?(mustahil) Walau apa sekalipun, yang penting lagu ni sedap untuk didengar. Kalau di Malaysia, lagu yang bercorak seperti ini tidak banyak. Hanya Anuar Zain dan Yuna sahaja yang berjaya membawakan lagu seperti di atas. Dato' Siti Nurhaliza? Jauh sekali.

Alangkah bagus kalau ada kumpulan nasyid yang mampu mencipta sesuatu yang sama taraf dengan lagu ini. Pasti banyak jiwa-jiwa yang akan terjatuh menginsafi diri.
Awakekning Records dah balas emel (alhamdulillah). Tiba masanya untuk update +Munsyeed Online. 


0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top