Friday, March 1, 2013
2 komen

Bahana Status Update Facebook @ Twitter

8:00 AM
"Sunyi bila hubby takde kat rumah.." 
"Roommate semua dah balik...tinggal aku sorang #foreveralone" 
"Dapat emergency call...terpaksa tinggal isteri dan anak2 sekejap"


Source: http://steigerlaw.typepad.com
Kerap saya terbaca status update seperti yang tertera di atas pada laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook. Ada di antaranya turut menyertakan secara tepat kedudukan dan lokasi mereka tanpa sebarang kerisauan terhadap keselamatan diri. Sejujurnya, saya amat risau dengan budaya/situasi sebegini yang tidak sihat.
Tahukah anda bahawa status update seperti ini merupakan salah satu perilaku di laman sosial yang mampu mengundang jenayah di tempat anda?  Dalam entri kali ini saya akan cuba memberikan sedikit gambaran tentang bahaya perilaku perkongsian maklumat yang tidak terkawal di laman sosial. Percaya atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing. 

Cuba bayangkan situasi berikut...(Saya bukanlah seorang story-teller yang baik. So, bear with me okay?)

B baru sahaja memutuskan pertunangan beliau dengan A kerana ingin mengahwini jejaka lain iaitu C. Walaupun pertunangan mereka telah dibatalkan, B masih lagi berkawan dengan A di facebook. Beberapa bulan selepas B dan C berkahwin, pada suatu malam C mendapat panggilan kecemasan dari majikannya agar segera datang ke pejabat atas urusan yang sangat penting. B yang kini terjaga dari tidur tidak mampu melelapkan mata, lantas membuka facebook dan mengemaskini status berikut di facebook...

"tinggal sorang2. hubby ada emergency di pejabat..hmmm...nak buat ape ye?"

Selang beberapa minit selepas status update yang kelihatan 'innocent' dihantar, rumah B dipecah masuk......oleh A. Maka berlakulah jenayah. 

Selepas siasatan polis dijalankan, polis mendapati A sudah lama memerhatikan 'gerak geri' B melalui facebook untuk mencari peluang yang sesuai bagi membalas dendam terhadap B yang telah memutuskan pertunangan mereka sebelum ini.

-TAMAT-

Get it? 

Kes pecah rumah, samun dan jenayah-jenayah lain yang dilakukan dengan bantuan maklumat di laman rangkaian sosial bukan lagi sesuatu yang baru. Di United Kingdom, menurut sebuah kaji selidik yang telah dilakukan terhadap 50 bekas penjenayah oleh sebuah syarikat insuran perumahan yang berpangkalan di Cardiff, hampir 80% daripada responden percaya laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook sedang digunakan oleh penjenayah bagi memantau waktu keluar-masuk penghuni/isi rumah. 

Di Australia pula, terdapat dokumen-dokumen polis yang mengaitkan penggunaan laman Facebook dengan 9 kes pembunuhan, 12 kes percubaan membunuh, 728 kes serangan, 542 kes kesalahan seksual dan 370 kes penipuan. 

Cadangan

Sebagai langkah keselamatan, saya mencadangkan perkara-perkara berikut:-

  1. Matikan "Location Services" pada setting di Facebook/Google+/Twitter apps yang terdapat pada telefon pintar anda..
  2. Kurangkan kekerapan post bergambar pada masa nyata.
  3. Pastikan setiap maklumat yang dikongsikan (status update, gambar, bio, etc) tidak memberikan gambaran bahawa kini anda sedang berseorangan (atau hanya berdua) di lokasi dan masa yang tidak selamat.
  4. Tapis senarai Friends & Followers anda di laman social. Wujudkan senarai khas bagi teman yang anda kenali (percaya) dan senarai teman yang anda kenali hanya melalui laman social. Setkan privacy setting yang berbeza bagi dua kategori tersebut. 
  5. Kenal pasti sasaran status update anda. Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat dengan Family, pastikan ia hanya available untuk tatapan keluarga sahaja. Tetapi sekiranya anda bajet 'retis' dan ingin kongsikan gambar-gambar peribadi kepada public, terpulanglah. Tiada siapa yang nak halang.
Anda ada cadangan yang lain? Kongsikan cadangan tersebut di ruangan komen di bawah. Setiap cadangan yang bernas akan saya kemaskini dalam entri ini berserta kredit.



Bacaan tambahan:-


2 komen:

 
Toggle Footer
Top