Tuesday, March 5, 2013
0 komen

Josh Groban Kembali, No1 Billboard 200

8:30 AM

Lama juga rasanya tidak mendengar nama Josh Groban muncul di media semenjak album terakhir beliau "Illuminations" pada 2010. Setelah hampir 3 tahun tanpa sebarang album, akhirnya kerinduan para peminat terhadap pelantun lagu "You Raise Me Up" mula terubat apabila beliau meluncurkan single pertama berjudul "Brave" pada disember tahun lalu. Kemunculan album terbaru beliau yang berjudul "All That Echoes" pada Febuari 2013 mendapat sambutan yang hangat apabila jualannya telah mencatatkan rekod tertinggi di dalam carta Billboard 200 (carta jualan album/EP US) buat kali ke-3 setelah kejayaan album "Closer" (2003) dan "Noël" (2007). Sementara nak kumpul duit untuk membeli album yang mengandungi 16 track ini (12 + 4 bonus track), apa kata kita layan music video "Brave" yang baru sahaja diterbitkan di Youtube awal bulan ini. 

Single taruhan Josh Groban dalam "All That Echoes"


Khusus buat mereka yang ingin berjinak dengan dunia penerbitan lagu, saya sangat menyarankan untuk menonton video-video serta membaca artikel yang menceritakan kerja-kerja disebalik tabir pembikinan sebuah karya dan masterpiece seperti video di bawah. Dari situ, banyak perkara yang dapat kita pelajari dari segi teknikal serta proses-proses yang terlibat. Pastikan mata dan telinga di'pasang' sebaiknya. Bak kata Jonathan Wyner (Mastering Engineer), "..practice being attentive.." dan "listen carefully".

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top