Sunday, August 18, 2013
0 komen

Analisa Telus atau Nafsu? #Pray4Egypt

6:27 PM
Raw footage (skip ke 01:20) dr rakyat Malaysia di Mesir. Kredit: Luqman Fairuzam

Semenjak tercetusnya konflik (kudeta) di Mesir, semakin ramai yang berani terjun ke dalam dunia penulisan selaku Penganalisis Politik di medan media sosial. Bahkan ianya seperti suasana cendawan yang tumbuh selepas hujan... RAMAI!! Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, syabas saya ucapkan. Sekurang-kurangnya, di pihak anda sudah ada usaha untuk menambah pengetahuan sebelum menyebarkannya pada medium yang dirasakan sesuai. 

Namun... sebelum anda memulakan penulisan berupa sudut pandang dan hasil analisa, pastikan anda merupakan seorang yang berkelayakan dan mempunyai kemampuan (berani) untuk melakukan perkara tersebut. Sekali anda tersalah tulis, ia boleh bertukar menjadi fitnah dan saham dosa yang berpanjangan. Kelayakan tidak semestinya berupa segulung ijazah kerana elemen yang paling penting di dalam sesuatu analisa adalah neraca yang adil dan tidak berat sebelah. Maklumat juga perlu dikutip, kemudian dicerna melalui disiplin-disiplin tertentu yang kebiasaannya dipelajari oleh mereka yang sememangnya ahli di dalam bidang tersebut. Dari situ, terhasillah suatu analisis yang ada kredibiliti, accountable dan berkualiti.

Sekadar hiasan
Penganalisis Politik tidak seharusnya menulis dengan sentimen semata. Namun hari ini semakin ramai yang menulis dengan gaya penulisan yang 'bebas', lantas mengangkatnya sebagai suatu analisis politik yang paling tepat (secara tidak langsung)....sigh~ Habis semua disiplin dilanggarnya. Orang seperti ini biasanya (tidak semua) hanya ingin menangguk di air yang keruh, ingin mencipta nama dengan cara yang tidak betul. 

p/s: Video di atas hanya sekadar untuk memaparkan keadaan sebenar di Mesir ketika ini. Tiada sebarang kaitan dengan catatan yang dikongsikan.

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top