Sunday, March 10, 2013
0 komen

Sejarah Kita & Facebook

10:00 AM


Sumber: tak pasti
Pada zaman dahulu....

Ketika masih berada di alam persekolahan, subjek sejarah merupakan salah satu matapelajaran yang agak membosankan. Boleh dikatakan hampir setiap kali tiba masa untuk subjek sejarah, mata akan mula rasa mengantuk (yup, i blame my eyes for everything..not blaming myself..lol). Kadang-kadang, ada juga aktiviti tambahan dilakukan seperti pentomime kisah pembunuhan JWW Birch yang berakhir dengan lawak jenaka tidak matang serta mengganggu proses pembelajaran. Bila ia digabungkan dengan sikap ma**s, maka tidak hairanlah apabila setiap kali peperiksaan/ujian, saya pasti memperolehi 'darjat tertinggi' dan sangat mem'bangga'kan. 

Adakah ini bermakna saya bosan/tidak berminat dengan sejarah?

Sumber: IMDB kecuali Leftenan Adnan
Walaupun kerap berasa boring dalam kelas, adakalanya minat terhadap subjek itu meningkat apabila aktiviti menonton video berkaitan sejarah dilaksanakan. Minat ini bukanlah datang kerana ianya hadir dalam bentuk visual, tetapi kerana di dalamnya terdapat penjelasan yang jelas, dibantu dengan penerangan pada sudut pandangan yang pelbagai. Sehingga kini, saya masih lagi suka menonton video-video sejarah samada di Youtube mahupun di saluran Discovery dan History (walaupun saluran itu kerap menayangkan program yang tiada kaitan dengan sejarah). Bila berkelapangan, filem-filem adaptasi dari kisah benar yang berpaksikan sejarah akan saya dapatkan melalui segala medium yang ada untuk ditonton dihari minggu contohnya Saving Private Ryan, Red Tails, Apollo 13, Black Hawk Down, Leftenan Adnan dll. Selain itu, saya juga minat membaca buku-buku cerita sebagai bahan bacaan sejarah alternatif terutamanya kisah-kisah para sahabat, para nabi dan ulama' silam selain penulisan di laman blog/forum yang disertakan bersama bukit-bukti dokumen.

Adakah ini bermakna saya berminat/tidak bosan dengan sejarah?

Minat sejarah? Benci sejarah? Sejarah tidak menyeronokkan? hmmm...

Yang pasti, saya dapat melihat dengan jelas kesungguhan Muallim Hasni & Muallimah Salmah (guru matapelajaran sejarah) membuat persediaan dan mengajar walaupun dalam keadaan sekolah yang serba-serbi kekurangan sampai terpaksa menggunakan gaji mereka yang tidak seberapa untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan baik. Walau dengan kehadiran alat bantu mengajar yang pelbagai, masih ada dikalangan pelajar yg tertidur 'tanpa kerelaan'...

Zaman Facebook...

Hari ini, sudah menjadi kebiasaan semenjak menggunakan Facebook Timeline for Developers (2011), dalam setahun saya pasti akan melakukan sesi 'muhasabah facebook' untuk melihat kembali perkembangan diri sendiri sepanjang tempoh tersebut. Sejujurnya, setiap kali  'muhasabah facebook' dilakukan, perasaan di hati ini bercampur-baur. Ada gembira... ada duka...ada kejayaan...ada penyesalan. Setelah beberapa kali melakukannya, satu perkara yang dapat saya simpulkan ialah, selama ini secara sedar atau separa sedar (mungkin langsung tidak sedar), kita sebenarnya sedang melakarkan sejarah di facebook!

Facebook Timeline

Dari kesimpulan tersebut, timbul pula idea untuk menggunakan kemudahan Timeline di facebook sebagai wadah pembelajaran sejarah yang lebih menarik. Namun untuk memastikan ianya sesuatu yang mampu membuahkan hasil yang baik, pengendalian idea ini perlulah diserahkan kepada individu yang paling layak untuk melakukannya seperti para guru sejarah, sejarawan @ ahli sejarah serta pemilik agensi-agensi atau badan-badan NGO berkaitan sejarah. Individu-individu ini harus bertindak sebagai pengendali laman tersebut untuk menyusun peristiwa mengikut tarikh berserta gambar/dokumen (yang telah disahkan) atau video yang mampu membantu pemahaman.

Well...idea ini perlu kepada perbincangan yang lebih teliti dari segi perlaksanaan nya, namun ia pasti mampu menarik perhatian ramai pihak apabila peristiwa sejarah mampu dibincangkan secara terbuka berserta fakta-fakta sahih dari para sejarawan yang pasti mempunyai sudut pandangan yang pelbagai. Sekurang-kurangnya, ia mampu membantu menangani masalah pembelajaran sejarah hari ini yang terlalu tertumpu kepada SATU PERSPEKTIF SAHAJA, boring, terlalu spoon feeding dan tanpa rangsangan untuk berfikir...kerana hasilnya, apabila berlaku peristiwa-peristiwa seperti yang sedang berlaku di Lahad Datu,Sabah pada hari ini, ramai yang menjadi BINGUNG dan tercari-cari jawapan/punca sebenar kepada permasalahan yang melibatkan pengetahuan sejarah!! Lebih malang lagi apabila masyarakat mula mencari maklumat-maklumat tersebut di Google @ Internet yang umum mengetahui ianya sangat mudah dimanipulasi oleh pelbagai pihak sedangkan pintu Arkib Negara sentiasa terbuka kepada semua yang ingin mendapatkan maklumat yang sahih! (dah nak lari tajuk dah nih..huhu) Masing-masing menjadi 'pakar sejarah instant', mengeluarkan pandangan bernas (ini bagus) tanpa bukti sokongan/sandaran yang kukuh (ini tidak bagus)

ok..sekian sahaja catatan dari jari berpandu yang tidak berpenutup...problem?



0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top