Tuesday, July 30, 2013
0 komen

Munsyeed TV Live Webcast

9:26 AM

I'm not a good storyteller as some of you might already knew...so, this entry is going to be something that will agonize your eyes (and mind...for some people) for its unstructured points which almost similar to listening to some random thoughts from strangers..rambling nonsense..like a hipster.. LOL  

Last week was a blast. For the first time, Munsyeed TV aired its own live webcast show called "ChitChat Munsyeed Bersama Artis/Personaliti" which allows everyone (fans/media) to participate in it. Thanks to k.syilda & Alibi Music for this brilliant idea and opportunity. 
Untuk episode pertama, set yg digunakan adalah sangat minimalistik. Boleh lihat sendiri dalam video di bawah.(kalau ada mana2 pihak yang nak sponsor set perabot yg lebih baik, boleh terus hubungi Munsyeed{Dot}Com di munsyeed@gmail.com).

Alhamdulillah, malam 26 Julai 2013 telah mencatatkan jumlah penonton yang diluar jangkaan. Terima kasih diucapkan kepada para pembaca Munsyeed{Dot}Com dan peminat Mu'adz kerana sudi bersama kami berbual dan bermesra dengan artis pada malam tersebut: Mu'adz Dzulkefly sempena pelancaran album "Rindukan Cahaya". Satu angka yang di luar jangkaan lebih2 lagi di malam bulan Ramadhan.


Selaku PIC untuk Munsyeed TV (temporary), tidak dinafikan terdapat banyak cabaran yang harus dilalui. Antaranya, minggu tersebut merupakan minggu-demam-5-hari (minggu ini kena flu pulak...Alhamdulillah syukuuuuurrr). Sudah pasti pergerakan agak terbatas berbanding dikala sihat. Walaubagaimanapun, semua cabaran tersebut berjaya diatasi dengan adanya Team Munsyeed yang awesome serta members of Elhazen Group yang dinamik. Kerja yang dilakukan secara kolektif tidak akan pernah mengecewakan jika semua pihak berganding bahu memikul tanggungjawab bersama + ikhlas.

Alhamdulillah (haruslah selalu bersyukur...byk2 kali pun takpe..), setakat hari ini sudah ada beberapa artis/personaliti yang ingin menjadi tetamu untuk episode "ChitChat Munsyeed Bersama Artis/Personaliti" yang seterusnya. Cuma perlu disahkan tarikhnya terlebih dahulu...takut clash dgn Munsyeed punya "The Big Event" ....event apa? itu kena tunggu pengumuman dari Big Boss lah... 

Banyak benda sebenarnya yang ingin dikongsikan bersama....but since sekarang sedang 'menikmati' flu, better stop here sebelum rambling perkara yang tak perlu. (boleh pulak rhymes..haha)

p/s: Album Mu'adz - Rindukan Cahaya sangat unik dan menarik.

0 komen:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top